Friday 20 July 2012

MOMOGUN - LAGENDA NUNUK RAGANG

Berikut adalah sedutan dalam komik Momogun Bab 8 Lagenda Nunuk Ragang. Jadi jangan ketinggalan untuk memiliki sendiri buku ini untuk dibuatkan koleksi anda yang hanya dijual di kedai-kedai terpilih seluruh Sabah. Mesti baca, siok tau.




Kalau anda berminat carilah di kedai terpilih seluruh Sabah atau beli melalui pos pun buli juga, hubungi Vitus Petrus di talian 013-8695030.

Saturday 16 April 2011

Komik Terbaru "Momogun" Ciptaan Orang Sabah

PENGENALAN

"Momogun" merupakan sebuah komik epik baru versi Sabah dan yang  pertama kalinya dihasilkan di Malaysia oleh beberapa orang pelukis muda yang berbakat besar berasal dari negeri Sabah di bawah bayu. Cerita komik ini dihasilkan berdasarkan gabungan cerita lagenda Sabah dengan imaginasi pelukis. Pemuda-pemuda anak jati tempatan negeri Sabah ini telah bersatu menggabungkan idea, bakat, kepakaran dan pengalaman masing-masing dalam penghasilan komik yang berjudul "Momogun".
Siri pertama komik ini dijangka akan berada di pasaran pada penghujung bulan Disember 2011 dengan harga yang amat berpatutan di beberapa kedai buku terpilih di Sabah dan Semenanjung Malaysia. Anda tentu tidak percaya bahawa komik ini dihasilkan oleh orang tempatan. Berikut ada beberapa sedutan bagi cerita komik ini.

PERINGATAN!!! 
Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak berkaitan dengan orang yang hidup ataupun mati.